Chromium OS Lime dan Vanilla
Disember 9, 2011 Tinggalkan komen
Chromium OS adalah satu projek alternatif kepada Google Chrome OS. ia tidak mengandungi guugle spyware tetapi tetap menggunakan aplikasi dari guugle.
Terdapat perasa Vanilla tanpa perasa tambahan dan perasa Lime.
Keperluan utama ialah internet jalur lebar dengan kelajuan tinggi. Kalau guna internet jalur lebar berkelajuan rendah buat sakit jantung saja. Semua aplikasi adalah aplikasi atas awan.
Jika sambungan internet kamu diputuskan sebab tak bayar bil, sistem operasi ini tidak boleh digunakan. Komputer adalah milik kamu tetapi hard disk atas talian adalah milik guugle.
Bak kata pepatah arab, all your base belong to us.


Komen Terbaru