Majalah Sumber Terbuka : Sumbu 5

Sumbu #5 Dilepaskan!

Majalah online percuma sumber terbuka keluaran geng Jomlinux — Sumbu kini sudah pun menjangkau versi ke-5 apabila Sumbu edisi Ogos 2011 dilepaskan semalam.

Meneruskan kesinambungan dalam mengembangkan lagi ilmu sumber terbuka dan Linux. Beberapa tutorial lepas seperti memasang server sendiri kini disambung ke peringkat seterusnya.

Tak lupa juga tutorial berkaitan Linux seperti menukar direktori Home amat sesuai bagi mereka yang mahu berjinak-jinak dalam dunia OS ini. Selain itu, dua permainan Linux juga turut diulas dalam keluaran ini.

Senarai topik Sumbu #5 :
Pengurus Tetingkap Alternatif
Asas GParted Tetapan Saiz Partition
Bina Blog Dengan WordPress
Tukar Direktori Home
C++ Siri 3
Technician In The House Part 2
Cortex Commander
Hedgewars

Seduturun dari sumbu.org

Sumbu_edisi_lima

Pesan GNU/Linux CD

Anda ingin menggunakan sistem operasi Linux tetapi mempunyai masalah untuk download ? Ada jalur lebar tetapi quota penggunaan terhad ?

Preorder Free CD, Open Source di sini

Terima kasih kepada En cocooh.

Bulan Ramadhan Bulan Yang Mulia

Bulan Ramadhan Bulan Yang Mulia
Jangan cemarkan bulan penuh keberkatan ini dengan menggunakan perisian cetak rompak
Menggunakan perisian cetak rompak adalah jenayah
Jenayah membawa padah
Crime doesn’t pay
Berpuasalah kamu dari menggunakan perisian cetak rompak
Punca utama penggunaan perisian cetak rompak adalah win*wz
Behijrahlah kepada GNU/Linux sempena bulan Ramadhan ini

Anda mampu mengubahnya


Credit untuk geckoandfly.com


kredit untuk thinkpads.com

Gnome Nautilus Trash Bug Season 2

Previously on Gnome Nautilus Trash Bug

Nampaknya pijat ni masih ada dalam gnome 2.30.1

Gambar ini diambil dalam Fedora 13.

Penyelesaian : Guna KDE

Cara check Linux Iso

Setelah download distro linux iso, perkara utama sebelum membakar cd/dvd atau membuat live usb ialah memastikan iso tersebut berada dalam keadaam 100% asli tidak diubah, tidak rosak, dan dalam keadaan baik.

Caranya ialah membuat md5sum atau sha1sum intergiti check.

Pergi ke folder di mana anda menyimpan iso linux tadi. klik kiri, pilih menu buka terminal.
Guna arahan ls untuk list directory
md5sum distrolinux.iso atau
sha1sum distrolinux.iso
kemudian bandingkan dengan nilai sebenar dari website rasmi pengeluar.

Aku tak tau md5sum atau sha1 ini memang sedia ada dalam setiap distro linux atau perlu diinstall sendiri.

Jika kamu download melalui torrentz, tidak perlu lagi membuat intergiti check sebab torrent sudah membuatnya secara automagic.

Bagaimana jika md5sum file download tidak sama dengan md5sum asal ?

Pertama sekali pastikan kamu download dari sumber asal atau dari forum rasmi. Jika kamu download menggunakan download manager dan sambungan sering terputus-putus ada besar kemungkinan file rosak di dalam perjalanan.

Cara Membuang Mono

Berikut cara untuk membuang mono.

Apa itu mono ?
Perlu ke dibuang ?
Terpulang. Pada aku, lagi kurang benda yg bukan-bukan, komputer lagi laju.

Buka synaptic, buat carian mono.

Buang terus dari komputer.
Lihat – kamu sudah menjimatkan 7.4MB

Technorati Tags: