Maxis dan Umobile SKMM

Maxis Pek Komputer 1Malaysia SKMM menawarkan kelajuan yang jauh lebih pantas berbanding Celcom SKMM.

Harga runcit sekarang ialah RM36 sekeping. Pandai-pandailah cari siapa yang jual murah.
Bulanan RM25 sahaja
Percuma bulan pertama.
Kelajuan sehingga menggit jari.
Cara aktifkan maxis skmm ada leceh sikit. Sila berhubung dengan penjual pek SKMM anda. Atau suruh saja penjual tersebut aktifkan terus.
Untuk membeli meksis plan 1netbook sila cari dalam cari emas RM35 untuk harga borong.

Baharu : Umobile pun ada pek SKMM 1malaysia boh !


ciluk gambar pek umobile dari sini
Harga jualan pek umobile skmm sekarang ialah RM60
Bulanan hanya RM40 saja
Quota penggunaan bulanan hanya 2 GB

Kemaskini : Umobile SKMM hanyalah ginnik dari tertentu berkaitan umobile. Bulanan rm40, memnyokong data & voice tak lebih dari plan mobile prepaid. Plan SKMM sepatutnya rm25 sebulan, data only.

Pengedar tipu.

Pengumuman Dari Celcom

Pengumuman: Pek Permulaan Jalur Lebar Projek Komputer 1Malaysia

Kami ingin memaklumkan kepada pelanggan untuk berhati-hati dan tidak memberi sebarang respon terhadap Pek Permulaan Jalur Lebar Projek Komputer 1Malaysia yang ditawarkan melalui internet tanpa kebenaran dari pihak Celcom.

Kami juga ingin memaklumkan Pek jalur lebar yang ditawarkan ini adalah sebahagian daripada pakej istimewa SKMM Komputer 1Malaysia dan hanya ditawarkan kepada pelanggan terpilih sahaja.

Dengan ini, kami ingin memaklumkan kepada pelanggan kami bahawa Celcom berhak untuk menamatkan perkhidmatan langganan Pek Permulaan Jalur Lebar Projek Komputer 1Malaysia terhadap mana-mana pelanggan yang membeli tanpa kebenaran dari pihak Celcom.

Celcom tidak akan bertanggung jawab bagi sebarang kerugian yang ditanggung akibat dari pembelian pek permulaan / atau penamatan langganan pek yang dibeli. Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan anda dalam perkara ini.

Celcom Broadband Pek Komputer 1 Malaysia Bahagian 2

Nota : Sudah tak berbaloi.

Pengeluaran Pek baru telah dibekukan oleh Celcom. Tak tau apa sebab boleh jadi plan ini membunuh Celcom broadband postpaid atau bantahan dari operator broadband lain.

Celcom Broadband SKMM Pek Komputer 1 Malaysia ini adalah dibawah kelolaan SKMM untuk projek jalurlebar nasional dan komputer 1 Malaysia. Celcom/maxis hanya pembekal talian sahaja tidak mendapat sebarang keuntungan dari plan SKMM ini. Rugi adalah.

Pek belum didaftarkan akan dibatalkan selepas tarih luput “used by …”

Masukkan SIM kad dalam telefon mudahalih.
Dial *124#
Belum daftar = anda tidak dibenarkan menggunakan perkhidmatan ini
Sudah daftar = Baki RM0.00 sah sehingga —- Plan data only.

Cara melanggan & sebarang kemuskilan:
Sila hubungi penjual pek anda.

Kemaskini April 2012
Kouta bulanan ialah 1GB
Selepas kouta penggunaan itu habis kelajuan ialah 64 kbps.@ 6 KiB/s

Sesiapa yang membeli sekarang dengan harga mahal memamg menyesal tak sudah.

Celcom SKMM terbaik ialah
Region HQ
Kemudian Sabah
Lepas tu Northern

Orang kata xpax/upaz boleh melanggan skmm broadband tu no komen. Aku dah coba dan tak berjaya.

Karnival Jalur Lebar 1Malaysia di Kota Tinggi

KARNIVAL JALUR LEBAR 1MALAYSIA 2011 ANJURAN KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN (KPKK) DENGAN KERJASAMA SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM) AKAN DIADAKAN DI 6 LOKASI IAITU PAHANG, PERAK, JOHOR, TERENGGANU, SARAWAK DAN SABAH BERMULA PADA OKTOBER 2011 SEHINGGA JANUARI 2012.

KUNJUNGI KARNIVAL JALUR LEBAR 1MALAYSIA PADA 3 – 4 DISEMBER 2011 BERTEMPAT DI PADANG KERAJAAN MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR

Pelbagai acara menarik menanti pengunjung karnival, antaranya pempamer terdiri daripada penyedia perkhidmatan jalur lebar, agensi Kerajaan Pusat dan Negeri serta pengeluar perkakasan dan perisian ICT . Selain itu, turut diadakan Pertandingan Konsol Guitar Hero , Pertandingan Konsol Nintendo Wii Sports , Cabaran Permainan Dalam Talian: Go Kart, Batu Seremban, Animasi Mania, Persembahan kesenian / artis.

Pelbagai hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi melalui aktiviti-aktiviti seperti pertandingan karaoke, pertandingan melukis, pertandingan mewarna, cabutan bertuah dan persembahan badut yang pasti membuatkan pengunjung semua terhibur.

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN KARNIVAL JALUR LEBAR 1MALAYSIA.

Masuk adalah percuma
Dapatkan pek SKMM Celcom, Maxis, Digi, Umobile, 4G P1Wimax, TM EVDO CDMA (ada ke ? :lol: )

Celcom Broadband Pek Projek Komputer 1 Malaysia

Terhangat di pasaran. Internet jalurlebar hanya RM25 sebulan. Mengapa masih mencuri wifi jiran secara haram ?

Kurang dari 90 sen sehari bro. Kalau tak mampu juga, jangan pakai internet.

Mencuri wifi bukan free internet. Berak kencing di tandas awam pun kena bayar, mana ada internet percuma ?

Mengapa membuang duit membeli wifi booster untuk menambah dosa ? Jika tuan punya wifi tak halalkan, kamu akan membayar kepada tuan punya wifi hari akhirat nanti. Ibarat kata pepatah, sesal kemudian tidak berguna. Penjual wifi booster dan tukang buat tutorial cara mencuri wifi mendapat habuan sama.

Hidup di dunia sebentar saja. Cari pahala banyak-banyak, cari dosa jangan sekali.

Harga sim pek : Barang panas. Stok terhad. Pek permulaan berharga RM25 dari wakil jualan Celcom terdekat. Dari RM30 ke atas belian dalam internet. Ada yg jual rm100 sekeping.
Di mana ada jual : Cari dalam internet, Celcom Blue Cube dan kedai wakil Celcom terpilih.,
Bulanan ; RM25 sahaja.
Kelajuan : Biasanya 384kbps, kadang-kadang 512kbps, jarang-jarang dapat up to 1.5mbps. Penjual tu kata dapat 1.5mbps betul la.
Plan : Prabayar. Tambah nilai dan tempoh aktif / tempoh sah mengikut plan Celcom prabayar.
Tambah nilai : Di mana-mana wakil Celcom. Cakap saja nak topup RM25.

Orang beli pek SKMM ini untuk internet murah bukan untuk laju. Kalau nak internet yang laju, pilihlah U-mobile atau maxis.

Pek ini sepatutnya untuk penerima komputer projek 1malaysia yang bertuah. Kemudian untuk pelajar sekolah yang bertuah.

Celcom telah bermurah hati melepaskan sim pek edisi terhad ini . Maxis kedekut kerana tidak melepaskan Pek Maxis Broadband 1malaysia kepada orang ramai.


Gambar ciluk.

Ulasan saya :

Jika anda bernasib baik, pek anda tidak mendatangkan masalah. Semuanya OK. Laju, lancar, bagus, memang berbaloi-baloi.

Jika anda tidak bernasib baik, pek anda membuat anda pening kepala. Berbagai masalah yang timbul. Sebarang masalah sila rujuk penjual pek 1malaysia anda.

Saya tidak menjual pek celcom 1Malaysia dan tidak mendapat sebarang komisen dari mana-mana pihak. Justru sila guggel sendiri untuk mendapatkan tawaran terbaik. Pek permulaan ini hanya berharga rm25 dari Celcom.

Melepasi trottle ISP Malaysia dengan Moonlight VPN

Moonlightvpn adalah special VPN dengan special port. Mengikut khabar angin,VPN ini boleh bypass trottle speed dari pembekal broadband sebelum habis kouta bulanan. Ia bermula untuk ISP Pinoy (filipina) spetti Globe, Sun kemudian diperkenalkan di Malaysia untuk mendapatkan internet percuma menggunakan Maxis prepaid Broadband. Airtel, Tata, MTS, Telkomsel, Three ………

Cara mendapatkan internet pecuma menggunakan Maxis Prepaid dengan Moonlight VPN hanya bertahan tak sampai seminggu. Kecoh satu Malaya. Kecoh juga sebab pengkaji asal telah kena pancung.

Bypass stimmix atau unify Deep Package Inpection

Selain dari bypass trottle speed VPN ini sama seperti vpn yang lain seperti melepasi sekatan firewall tempat kerja, pergi website yang disekat oleh ISP, membuat sambungan selamat di wifi awam, melayari website khas untuk negara tertentu seperti hulu di us atau bbc di uk dan sebagainya.

Baru – Moonlightvpn klon dari pihak yang mula-mula memperkenalkan moonlightvpn di Malaysia

Layan VPN
Forum bantuan, support, promosi
Promosi Layan VPN RM15 Bagi 2 Bulan
Email admin layan vpn untuk mendapatkan percobaan percuma.


Iklan jualan di forum LYN
Iklan di C Gold
Silakan mencoba sendiri. MyTunnel memberi 2 hari percubaan percuma. Berikan nama penuh yang lengkap untuk medapatkan trial account.

Untuk linux, mytunnel.us menggunakan interactive shell script dengan openvn CLI backend. Lebih stabil berbanding menggunakan KVpnc atau KDE/Gnome network manager.

Moonlight tiada free trial.
Tip : Melanggan moonlight dari reseller yang menawarkan ‘kalau tak berkesan duit pulang balik’. Ada se dua orang saja.. Pandailah cari sendiri.

Huawei Mobile Partner Linux 21.003.28.00.03

Previously on Huawei Mobile Partner Linux

Huawei Mobile Partner Linux versi terbaharu 21.003.28.00.03 sudah dilepaskan.
Download dari enterupload atau mediafire

Cabut huawei modem.

Cara pasang :
1. Download
2. Extract file zip
3. Extract file 7zip
4. Buka terminal di folder file extract tadi
5. sudo ./install
6. Install selesai.
7. Menu ada pada internet

Cucuk huawei modem. Tunggu se dua minit. Mobil partner akan muncul secara automagic.

Kredit untuk : gpatenpisan

Pinoy VPN

VPN dari Filipina

Standard port untuk OpenVPN ialah TCP 80, 443, 5000. Pinoy VPN menggunakan port yang pelik-pelik.

Bulan lepas terbongkar satu rahsia Moonlight VPN boleh menembusi sistem firewall Maxis broadband. Dengan menggunakan SIM hotlink 0 kredit atau tamat tempoh aktif, ditukar menjadi maxis broadband, pengguna moonlight vpn menikmati maxis broadband secara percuma.

Seperti biasa Maxis cybertrooper telah mendapat maklumat tentang perkara ini. Hanya beberapa hari sahaja lubang kebocoran telah berjaya ditampal.

Blog ini mendedahkan cara mendapatkan internet percuma untuk operator Globe / Sun
Aku percaya kepakaran tempatan ada cara melepasi sekatan untuk YES 4G WiMAX Broadband.

YTL YES 4G baru berbaloi. Speed 10mbps ma. Apa barang Celcom atau Digi Broadband.

Maxis 3G Coverage

Maxis wireless broadband coverage map

http://58.71.131.131/mimsgoogle/gmapform.aspx


Cayalah Maxis. Tengah hutan ada liputan 3G. Macam tak percaya den.

Celcom wireless broadband coverage map

http://coverage.celcom.com.my/CelcomCoverageIIPub/faces/CelcomCoverageRes.jsp


Penduduk Bekok, Kahang, Jamaluang boleh juga menggunakan TM wireless CDMA EVDO.

Umobile tidak berminat dengan bandar kecil.
Digi 3G

Celcom Broadband

Celcom Broadband – Terpantas, terluas, terhebat

Mula ujian 3G : 2004

Perkhidmatan 3G secara komersial bermula pada tahun 2008
Fasa 1 bandar utama Lembah kelang, Johor Baharu, Pulau Pinang Q2 2008
Huawei E220 USB modem berharga RM1200 harga Celcom/Maxis / RM900 harga bebas !

Fasa 2 bandar kecil Batu Pahat, Parit Raja, Kuittho/UTHM, Pontian Q3 2008
Huawei E220 berharga R800, Sierra Aircard 875 PCMCIA berharga RM500

Fasa 3 pekan kecil Senggarang, Rengit, Benut Q4 2008
Fasa entah berapa 2011 Parit Sulong, Bandar Tenggara
Fasa tertinggal Semerah, Sri medan

Menggunakan gelombang 3G 2100Mhz dan 900 Mhz.

Teruskan membaca kiriman ini