Distro Linux Untuk Pengguna Baharu


Linux adalah free. Free bermaksud bebas bukan percuma. Sebab itulah ada beratus jenis distro linux untuk dipilih.

Walaupun ada beratus jenis linux, kesemuanya adalah sama. ini adalah sebab linux merujuk kepada kernel. Kernel adalah core untuk sistem operasi bernama GNU/Linux.

Tak perlu risau semua itu. justru apakah distro linux yang sesuai untuk pengguna baharu ?

Distro linux terbahagi kepada dua iaitu distro asli dan distro ubahsuai. Distro asli datang terus dari ladang, distro ubahsuai ialah distro asli yang ditambah berbagai ramuan supaya mudah digunakan.

Pemula linux lebih digalakkan menggunakan distro ubahsuai sebab segala codec terlarang untuk memain flash, mp3, dvd sudah tersedia. Terdapat juga tambahan software jadi tidak perlu install itu dan ini.

Senang kata, download dan terus guna. Tak perlu lagi tanya apa software untuk sekian-sekian atau kenapa utube tak ada gambar dan bunyi.

Ubuntu
Ubuntu adalah distro yang popular, ramai orang guna, jadi sudah tentu banyak masalah yang mungkin serupa dengan anda. Popular tidak bermaksud bagus. Masalah pada buntu ialah software pada gudang repo, dan lain-lain lagi. Ubuntu bukan Debian walaupun menggunakan apt atau deb. Untuk makluman, Mint dan cruzbang linux akan beralih kepada debian kerana tak puas hati dengan buntu.

Mint KDE dan Ultimate
Keduanya adalah ubuntu remaster. Telah dilengkapi dengan codec terlarang, boleh terus menonton youtube atau mkv video. Tidak perlu risau itu dan ini seperti pengguna buntu asli. Open Office Org, Virtualbox, Xemu, torrent, pemain video semua siap sedia digunakan.

Debian
Pada pendapatan saya, Debian lebih bagus berbanding buntu dari segi software, jangka hayat, kestabilan, politik dan lain-lain. Jangan pula kamu pergi download turun debian pulak ! Debian adalah core untuk otai linux. Antara distro debian yang bagus ialah epidemic dari brazil dan oshirix dari mambang. Catix juga bagus jika kamu faham bahasa catalonia !

MIB Mandriva
Men In Black ? Bukan. Mandriva Internasional Backport Mandriva. Bermula sebagai sebuah komuniti peminat mandriva dari itali kini mendapat perhatian antarabangsa. MIB menghasilkan Mandriva yang telah dikemaskini, mandriva game edition juga mandriva live dvd. Mandriva dari MIB juga mesra printar berbanding Mandriva asli.

Fedora Comuniti remix
Fedora remix dari eropah timur. Dirumus khas untuk pengguna yang ingin mencoba fedora. Kelebihan fedora ialah securiti. Pengguna atasriba/notabuku/netbuku boleh mengekpriksi seluruh cakera keras semasa install fedora.

Saya sudah mencoba kesemuanya dan kini menggunakan epidemic. Apa distro kegemaran anda ?

Perihal lunix
pengguna linux

Komentar ditutup.

%d bloggers like this: