OSHIRIX-SQUEEZE final telah pun keluar


OSHIRIX-SQUEEZE final telah pun dilepaskan
iso : OSHIRIX-SQUEEZE.iso
saiz : 1.1gb
desktop : LXDE
3G mobile broadband : Vodafone mobile connect, Gnome networkmanager applet, UMTSmon. Menyokong kebanyakkan 3G usb modem. Pengguna Option luxury @ Option GlobeTrotter Express 7.2 sila gunakan HSOconnect.
Sound & video : Ada lokal internet radio seperti radio kedah, ikim, best104 dan sebagainya. Multimedia ready.
Tidak mengandungi mono, pulseaudio, KDE base file, k3b, dolphin, gdebi.

OSHIRIX-SQUEEZE final telah pun release selepas diuji oleh rakan-rakan portal mambang ini.
Iso OSHIRIX-SQUEEZE ini bersaiz sekitar 1.2G untuk digunakan pada dvd ataupun thumbdrive. Ia agak berbeza dari livecd/livedvd sebelum ini kerana ia tidak berasaskan Debian Stable, tetapi berasaskan Debian Testing (Squeeze) bagi persediaan apabila squeeze menjadi stable kelak.

Ia juga menggunakan kernel terkini (2.6.33.1) bagi memastikan lebih banyak hardware disokong. Booting juga lebih laju berbanding sebelum ini.

Selain itu, menu baru (Islamic Softwares) diperkenalkan yang mengandungi beberapa aplikasi seperti kalendar hijrah, minbar prayer times, waktu solat, zekr dan katoob.

Installer baru (eksperimental) berasaskan command line juga diperkenalkan. Installer ini menyokong ext4 sebagai filesystem.
Penggunaannya tidak digalakkan bagi mereka yang baru dalam linux.
Bagi mereka yang ingin mencuba installer ini, sila guna arahan berikut:
sudo su
installer-cli.sh

* su tidak lagi digunakan pada Oshirix kali ini, tetapi menggunakan sudo su mengikut perubahan yang dilakukan pada squeeze.

Untuk installer gui, sila rujuk bagaimana cara untuk guna dan install oshirix ke hdd:
http://mambang.org.my/modules/news/article.php?storyid=238

Berikut adalah tips bagaimana untuk menggunakan filesystem ext4 pada installer gui. Run installer seperti biasa, masukkan maklumat yang diperlukan. Kemudian apabila sampai ke peringkat installation, jangan pilih Save configuration and start installation, tetapi sila pilih Save configuration only.

Kemudian edit /home/oshirix/.knofig dan cari baris yang tertulis:
HD_FSTYPE=
Ubah nilai kepada ext4 seperti berikut:
HD_FSTYPE=’ext4′
Setelah itu, install menggunakan arahan berikut pada terminal:
sudo su
oshirix-installer

Selain daripada itu, Oshirix kali ini juga telah menggunakan KMS (kernel mode setting) secara default.

Ini bagi memastikan pengguna grafik card intel, radeon dan nvidia memperolehi grafik yang lebih baik serta menyokong 3D rendering. Hanya pengguna nvidia (nouveau) perlu enbalekan kms nouveau secara manual memandangkan nouveau masih lagi pada tahap eksperimental.

Untuk enablekan nouveau, anda perlu append arahan berikut pada grub:
nouveau.modeset=1

Jika anda mengalami masalah kerana menggunakan kms, anda bolehlah disablekan ia menggunakan arahan berikut pada grub :
i915.modeset=0
– pengguna intel
nouveau.modeset=0
– pengguna nvidia
radeon.modeset=0
– pengguna ati/radeon

Desktop manager juga telah diubah untuk menggunakan Slim berbanding GDM sebelum ini. Jika anda terutama pengguna KMS mengalami masalah untuk login selepas install ke hdd, anda boleh mengubah untuk kembali menggunakan GDM. Anda cuma perlu boot menggunakan option “single”. Taipkan single pada menu grub dan anda akan boot ke akaun root pada terminal. Masukkan password root dan kemudian run:
dpkg-reconfigure gdm

Pilih GDM sebagai default. Kemdian reboot dengan menggunakan arahan:
shutdown -r now

Hanya satu desktop didatangkan dengan iso ini, iaitu lxde.
Ini bagi memastikan Oshirix boleh digunakan pada system dengan ram yang rendah serta lebih responsive.
Dokumentasi untuk Oshirix sedang diusahakan oleh saudara psychox bagi mereka yang ingin maklumat lebih lanjut.

Jangan malu dah segan bertanya sebarang soalan pada forum kami mahupun pada channel irc.

Terdapat 2 mirror dimana anda boleh download iso:
http://kambing.ui.ac.id/iso/oshirix/
http://www.mirror.upm.edu.my/oshirix/

Selamat mencuba.

Gambar :

grub boot menu
Boot menu

text boot
Sokongan 3G mobile broadband dalam network manager

oshirix squeeze multimedia ready
Multimedia ready

oshiriz squeeze internet menu
look ma ada utorrent ! Video downloader pun ada.

Perihal lunix
pengguna linux

4 Responses to OSHIRIX-SQUEEZE final telah pun keluar

  1. Oshirix ni ada keluarkan tema (theme) ke?
    Macam aku ni pengguna yang tahap laggard punya, erti kata lain keutamaan aku adalah satu sistem OS yang mesra pengguna dan tidak terlalu teknikal. Pakai sudo sudo ni tak sesuai la bagi orang moderate ni.
    Aku paling suka theme Mac4Lin sebab mudah n tidak serabut.

  2. Pingback: Delta patch sulung untuk oshirix-squeeze « Hidup sihat dengan linux

  3. MASOKIS berkata:

    Wah.. thanks pasal promotešŸ˜€

%d bloggers like this: