Parsix Linux 3.5 Frankie Sedia untuk diuji


parsix linux

1. Parsix GNU/Linux ialah Debian testing derivatif optimise untuk desktop Gnome.

2. Parsix GNU/Linux hanya mengeluarkan Gnome desktop. Tiada KDE, Icewm, Xfce, E17 dan sebagainya. Parsix berkerjasama terus dengan Gnome.

3. Pengguna buntu yang ingin berhijrah kepada Debian cobalah Parsix. Desktop Gnome tetap sama walaupun berlainan distro.

4. Parsix berasaskan Debian testing Squeeze. Debian testing membawakan kepada anda aplikasi up-to-date panas terbaik dari ladang.

5. Parsix hanya mempunyai beberapa devoloper dengan sumber kewangan terhad justru jangan samakan dengan canonsial. Tak payahlah bandingkan dengan ubuntu. Sebarang masalah silalah memberi maklumbalas dalam forum Parsix.

6. Parsix bukan produk comersial seperti ubuntu. Tidak ada marketing department dengan bajet berjuta-juta. Sebab itulah Parsix tidak terkenal.

7. Sepanjang yang aku tau, Parsix adalah satu-satunya Debian testing khusus untuk Gnome. Debian dengan KDE memang banyak dan ramai.

8. Parsix ialah 100% Debian testing. Ubuntu bukan debian.

9. Default desktop thema boleh tukar. Tak ada hal punya.

10. Parsix menawarkan pilihan upgrade dari satu versi ke versi kemudiannya.

11. Parsix Linux berasal dari Parsi. Dia orang tengah perang pun sempat juga buat linux sendiri.

12. Multimedia ready.

13. Semua debian base sama saja cara penggunaannya.

Perihal lunix
pengguna linux

Komentar ditutup.

%d bloggers like this: