Cara install FreeRapid Downloader


Jangan tertipu dengan nama. FreeRapid Downloader menyokong lebih dari 150 file hosting servis bukan rapidshare sahaja.

FreeRapid Downloader serupa macam JDownloader tapi tak sama. Beza utama ialah file saiz lebih kecil.

FreeRapid Downloader merupakan aplikasi java justru pastikan pc anda mempunyai java.

FreeRapid Downloader manual install ialah aplikasi portable. Hanya install sekali & update. Boleh menggunakan setting yg sama jika multiboot dengan berbagai sistem operasi yang ada java.

Cara memasang FreeRapid Downloader .

1. Menggunakan software manager
Buka software manager
Pastikan telah ditambah repo dan di update
Buat carian download
Tanda & install.

FreeRapid Downloader

Kelebihan cara ini ialah
a. Ada menu FreeRapid Downloader dalam bahagian internet
b. Mudah dan senang

Kekurangan install cara ini ialah :
a. Kamu dapat versi lama

2. Install FreeRapid Downloader secara manual
a. Bebanturun dari web rasmi FreeRapid Downloader
b. Pilih antara all platform dengan mac
c. Simpan dalam komputer, katalah /download
d. Extract file zip itu.
e. RTFM.

Cara jalankan FreeRapid Downloader
double klik (atau single klik) frd.exe untuk windows
double klik (atau single klik) frd.sh untuk ubuntu

Cara jalankan FreeRapid Downloader untuk distro lain. Distro lain ini susah sikit :
Buka terminal, Kalau gnome nautilus ada menu ‘open terminal here’
$ chmod +x ./frd.sh
$ ./frd.sh
Jangan tutup terminal sebelum download selesai.


Kemas kini dulu semua plug-in

Semasa post ini ditulis, mediafire gagal disedut menggunakan rapidlich, jdownloader, tucan, FreeRapid Downloader.

Perihal lunix
pengguna linux

Komentar ditutup.

%d bloggers like this: