Ojuba 4 : User friendly Fedora 13 dari Jordan


Jika anda mahu mencoba fedora 13 tapi malas membuat langkah tambahan supaya Fedora 13 sesuai diunakan sehari-hari, Ojuba 4 adalah jawapannya.

Ojuba 4 merupakan sejenis Fedora remix dari Jordan. Sudah tentulah ia mempunyai sokongan bahasa Arab dan beberapa islamic software. Hanya beberapa aplikasi Islamic bukan Islamic thema. Namun begitu Ojuba bukan Fedora Muslim Edition seperti Sabily. Islamic software ini boleh di buang jika kamu tidak suka.

Berbeza dengan Fedora remix yang lain, Ojuba mempunyai caranya yang tersendiri.

1. Ojuba dilepaskan setahun sekali. Ojuba 3 ialah Fedora 11, Ojuba 4 ialah Fedora 13.

2. Tersedia dalam (Gnome) live Cd dan install DVD sama seperti Fedora.

3. Sasaran Ojuba ialah Fedora untuk masyarakat Arab.

4. Satu aplikasi yang tiada dalam Fedora Remix yg lain ialah Ojuba Control Center. OCC membuat hidup pengguna Fedora lebih ceria.

5. Live CD mengandungi berbagai bahasa termasuk bahasa Melayu, Indonesia, Monggolia, Jerman, Uganda dan sebagainya. Ini sungguh hebat kerana banyak bahasa boleh disumbatkan dalam Live CD kurang dari 700mb. Sesuatu yang ubuntu dan mandriva tak boleh bikin.

6. Live CD menggunakan desktop Gnome. Install DVD mengandungi XFCE, KDE4 dan Gnome.

7. Install DVD juga berfungsi sebagai offline repositori.

8. Ojuba 4 adalah 100% Fedora 13 remix. Sebarang masalah berkaitan Fedora 13 sila kunjungi fedora forum

Membuat Live USB dari Ojuba 4 Live CD iso
Anda boleh menggunakan mandriva seed atau unetbootin atau fedora live usb creator.

Pada login screen, pilih bahasa yang anda mahu gunakan.
Cara penggunaan adalah sama macam Fedora 13.
Buka Ojuba Control center. Godeh-godeh apa yag ada di sana.

Software manager
Yumex ialah sedara pada yum. buka terminal dan tulis :
yum install yumex

Aplikasi tambahan untuk Fedora 13

1. Ailurus
2. autoten
3. easylife
autoten dengan easylife ini tak boleh duduk satu rumah mesti bergaduh.

Koleksi gambar

Perihal lunix
pengguna linux

Komentar ditutup.

%d bloggers like this: