3G mobile broadband dalam Linux


Catatan :

1. Linux tidak memerlukan modem driver seperti windows.

2. Untuk membuat capaian internet dalam Linux, anda boleh gunakan network manager dekat dengan jam.

3. Pengguna KDE disyorkan buang knetwork-manager dan ganti dengan gnome-network-manager. Jika tiada ikon network manager pada system tray, nm-applet

4. Network manager 0.8 dalam Fedora 13 dan openSUSE 11.3 menyokong signal strengh dan network lock GSM/HSDPA only. Jika tidak lock network, network akan bertukar sendiri kepada GPRS EDGE HSDPA.

5. Jika menghadapi masalah membuat capaian internet dengan network manager anda boleh menggunakan sakis3g, wvdial. ixconn juga boleh digunakan.

6. Modem keluaran Option dengan injin HSO ada masalah sedikit. Jika network manager gagal berfungsi, silalah install HSOConnect. Install HSOConnect ada masalah sedikit. Kena mencoba sampai berjaya.

7. Lupakan sajalah jika anda mahu install ‘vodafone mobile connect linux’.

8. wvdial tersedia dalam Linux Mint 9 KDE. Rasanya anda tidak perlu menggunakan wvdial lagi kerana sakis3g berfungsi secara automagic.

9. Anda memerlukan windows untuk update modem firmware.

10. Jika modem di lock, masukan SIM kad dari operator lain. Unlock code boleh didapati secara percuma dari Dr Google. Mengapa perlu membayar untuk benda percuma ?

Perihal lunix
pengguna linux

One Response to 3G mobile broadband dalam Linux

  1. ardian berkata:

    saya ingin menayakan bagaimana cara pasang linux mint dengan modem vodafone e220

%d bloggers like this: