Memilih 3G modem yang bagus


Posting kali ini saya akan menerangkan cara memilih 3G modem yang bagus. Saya tidak menggunakan istilah ‘terbaik’ kerana terbaik membawa maksud paling bagus diantara yang bagus.

Bagus kepada saya ialah 3G modem yang mepunyai ciri-ciri berikut
1. Mesra Linux.
Cucuk dan main.

2. Signal yang bagus
Walaupun signal lemah masih dapat capaian dengan kelajuan penuh.

3. Sambungan yang stabil
Sambungan tidak putus selama berhari-hari.

4. Tahan lasak
Download linux DVD iso sebesar 4Gb ? Torrent sepangjang hari ? Tiada masalah.

5. Harga
Harga boleh runding.

Sierra yang terbaik. Sierra Apex berharga RM420 tahun 2009. Tahun 2010 berharga cuma RM280. Ingat boleh turun lagi sekali tengok sudah habis stok.

Novatel pun bagus cuma aku tak suka Mobilink conection manager.

Option modemnya bagus cuma tidak mesra Linux. Option mempunyai 4 driver atau teknologi modem bermula dari option untuk model awal, kemudian Nozomi kemudian hso sekarang apantah. Kebanyakan 3G USB modem dalam Linux menggunakan driver option.

ZTE MF600. Modem ini besar gedabak. Ia adalah jenis ethernet base WAN modem. Sama seperti modem stimix. Rasanya inilah satu-satu 3G modem dalam kelas yang tersendiri. Dalam windows cuma perlu install LAN chipset driver. Linux terus autodetect dan autoconnect. Signal recetions sangat baik terutama sekali untuk kawasan liputan sangat lemah atau diluar kaw liputan. Terdapat juga external yagi / panel antenna untuk modem ini.

Huawei satu-satunya pengeluar mengeluarkan aplikasi mobile partner untuk linux yang menyokong suara, SMS, USSD.

Barang baik harganya mahal. Ini adalah kenyataan. Modem yang bagus harganya tidak murah.

Semua modem tidak ada masalah jika tower 3G dalam lingkungan 3km atau kurang. Jika rumah anda lebih dari 5km, anda perlu Sierra.
Lebih dari 10km, anda perlukan modem dengan external antenna.

Huawei USB modem direka untuk good signal receptions area. Antennanya sangat sensitif. Kelebihan jenama huawei adalah harga murah, popular, ada update firmware dan software.

Review untuk modem D-Link
D-LINK DWM-152 / 151 100% lebih baik berbanding Huawei USB modem atau ZTE MF627.

Perihal lunix
pengguna linux

One Response to Memilih 3G modem yang bagus

  1. aboi berkata:

    D-Link DWM-152. Saya mesti pilih.

%d bloggers like this: