Cara menukar hak milik tanah


Proses tukar milik tanah tak susah mana pun. Mudah saja sebenarnya.

Pemilik mesti masih hidup.
Geran Mukim hanya boleh diuruskan oleh Pejabat Tanah Daerah berkenaan sahaja.
Pejabat Tanah johor Bahru di Larkin hanya menguruskan berkaitan cukai saja. Urusan lain sila pergi ke Pejabat Tanah Galian Negeri di Gelang Patah.

Dokuman yang diperlukan :

2 keping Salinan geran saiz A4
2 keping salinan kad pengenalan pemohon
2 keping salinan kad pengenalan pemilik
1 keping salinan surat beranak untuk tukar milik tanah ibu/bapa kepada anak.

Cara mengisi borang dan sebagainya :

Pergi pejabat tanah berkaitan. Cari orang perseorangan yang bertugas mengisi borang. Mereka akan menguruskan segalanya.
Nak buat sendiri pun boleh tapi jangan salahkan aku belakang hari.

About these ads

Perihal lunix
pengguna linux

7 Responses to Cara menukar hak milik tanah

  1. Tanpa Nama berkata:

    atok sy ada 3ekar tanah di simpang renggam,tp gran nama adikny.adikny ada 3ekar tanah di selangor atas nama atuk sy,masa atuk sy hidup dia sempat tukar nama adik dia,maknany tanah yg kt selangor dh jd milik adik dia..tp masa proses tukar nama tanah yg kt simpang renggam,adik atuk sy meninggal..jd atuk pergi pejabat tanah,org pejabat tanah minta waris si mati dtg pejabat tanah.masalahyn waris si mati tk nk bg keje sama sampai sekarang…tp sebelum adik atuk sy meninggal segala surat-surat semua dia dh tanda tangan,docment si mati ada pd sy,surat mati,gran tanah ori,atuk sy pun dh meninggal…kes ni da 15thn tk selesai2…sy harap ada org yg boleh tolong…

  2. lnux berkata:

    Bila pemilik meninggal tanah tu jadi harta pusaka. Nama tu nama adik atuk bukan ? Tak sempat tukar nama pemilik dah meninggal ? Ikut hukum sekarang tanah tu waris adik atuk yang berhak. Ini dah masuk hukum faraid.

    Siapa bayar cukai tanah ? Apa nama dalam cukai tu ? kalau nama masih sama ertinya waris belum tuntut harta pusaka.

    Waris sana pun belum tentu akan dapat tanah tersebut. Dah sampai peringkat cucu tanah masih tak tukar nama jadi semakin payah.

    Kalau waris ada report geran asal hilang, geran ori dalam simpanan encik dah tak laku.

    Pada pandangan saya, Kalau waris tak bagi kerajasama anggaplah saja dah tak ada rezeki. Allah uji encik dengan harta. Jangan putuskan silatulrahim dengan waris sana kerana memutuskan silaturahim tak masuk syurga. Encik sabar & redha nati Allah akan bagi ganti yg lebih baik.

  3. damia berkata:

    saya plak la nak tanya..abah sy ade bg tanah tanah kat anak2 sdara dia..st geran dpecahkan kpd 3 nama..nama abah sy..n 2org anak sdaranya..skrg ni..2 org anak sdaranya dok berbalah nak lebih..geran belum keluar..cuma dah hantar permohonan..boleh tak lagi kalo abah sy nak batalkan pembahagian tanah tersebut?

    • lnux berkata:

      pergi pejabat tanah tempat permohonan di hantar.

      apa punya orang belum dapat lagi dah bergaduh.

      • mohammad nizam baharon berkata:

        salam sejahtera.. bapa saya ada sebidang tanah dan berkongsi berama 3 orang adik beradik. soalannya boleh tak bapa menukar nama nya kepada nama saya tanpa persetujuan adik beradik yang lain? dan semasa didepan d.o perlu kah adik beradik bapa saya ada sekali? terima kasih

  4. Zie Zan berkata:

    Assalamualaikum WBT

    Saya seorang penjawat awam yg ingin membuat pinjaman perumahan kerajaan utk membina rumah diatas tapak tanah milik emak. Walaubagaimanapun , diantara syarat2 utk kelulusan pinjaman tersebut adalah geran tanah hendaklah tertera nama saya sahaja dan saya diberitahu bahawa geran tanah tersebut mempunyai 2 nama iaitu nama emak serta pakcik emak yg telah meninggal dunia. Jadi geran tanah ini mesti dipindahmilik ke nama saya sekiranya mahukan kelulusan pinjaman tersebut. Apakah proses2 yg akan berlaku utk pindahmilik ini dan berapakah kos sebenar proses tersebut serta memakan berapa lama utk menyelesaikannya??? Harap pihak admin dpt membantu.

    Sekian , terima kasih!!!

    • lunix berkata:

      Tuan, isu tanah ini perkara rumit. Tak boleh selesai melalui panggilan telefon apa lagi blog.
      Sila pergi pejabat tanah tempat tanah itu berada untuk penjelasan sejelas-jelasnya.
      Macam-macam soalan akan ditanya nanti.

%d bloggers like this: