Celcom Broadband Pek Projek Komputer 1 Malaysia


Terhangat di pasaran. Internet jalurlebar hanya RM25 sebulan. Mengapa masih mencuri wifi jiran secara haram ?

Kurang dari 90 sen sehari bro. Kalau tak mampu juga, jangan pakai internet.

Mencuri wifi bukan free internet. Berak kencing di tandas awam pun kena bayar, mana ada internet percuma ?

Mengapa membuang duit membeli wifi booster untuk menambah dosa ? Jika tuan punya wifi tak halalkan, kamu akan membayar kepada tuan punya wifi hari akhirat nanti. Ibarat kata pepatah, sesal kemudian tidak berguna. Penjual wifi booster dan tukang buat tutorial cara mencuri wifi mendapat habuan sama.

Hidup di dunia sebentar saja. Cari pahala banyak-banyak, cari dosa jangan sekali.

Harga sim pek : Barang panas. Stok terhad. Pek permulaan berharga RM25 dari wakil jualan Celcom terdekat. Dari RM30 ke atas belian dalam internet. Ada yg jual rm100 sekeping.
Di mana ada jual : Cari dalam internet, Celcom Blue Cube dan kedai wakil Celcom terpilih.,
Bulanan ; RM25 sahaja.
Kelajuan : Biasanya 384kbps, kadang-kadang 512kbps, jarang-jarang dapat up to 1.5mbps. Penjual tu kata dapat 1.5mbps betul la.
Plan : Prabayar. Tambah nilai dan tempoh aktif / tempoh sah mengikut plan Celcom prabayar.
Tambah nilai : Di mana-mana wakil Celcom. Cakap saja nak topup RM25.

Orang beli pek SKMM ini untuk internet murah bukan untuk laju. Kalau nak internet yang laju, pilihlah U-mobile atau maxis.

Pek ini sepatutnya untuk penerima komputer projek 1malaysia yang bertuah. Kemudian untuk pelajar sekolah yang bertuah.

Celcom telah bermurah hati melepaskan sim pek edisi terhad ini . Maxis kedekut kerana tidak melepaskan Pek Maxis Broadband 1malaysia kepada orang ramai.


Gambar ciluk.

Ulasan saya :

Jika anda bernasib baik, pek anda tidak mendatangkan masalah. Semuanya OK. Laju, lancar, bagus, memang berbaloi-baloi.

Jika anda tidak bernasib baik, pek anda membuat anda pening kepala. Berbagai masalah yang timbul. Sebarang masalah sila rujuk penjual pek 1malaysia anda.

Saya tidak menjual pek celcom 1Malaysia dan tidak mendapat sebarang komisen dari mana-mana pihak. Justru sila guggel sendiri untuk mendapatkan tawaran terbaik. Pek permulaan ini hanya berharga rm25 dari Celcom.

Perihal lunix
pengguna linux

5 Responses to Celcom Broadband Pek Projek Komputer 1 Malaysia

  1. broadband untuk mak berkata:

    kamu sepatutnya jual juga. Baru kamu jadi kaya.

  2. lnux berkata:

    Terima kasih atas cadangan yang baik. Aku jual RM45 ada yang jual RM40 siap pos. Macamana nak hidup der ?

  3. hafiz berkata:

    Bro.. Aku dh a few days try contact org yg jual, tapi banyak nye dah senyap.. Ko ada stock ke??

  4. Tanpa Nama berkata:

    sebab stok sudah terhad. celcom tak keluar stok baharu.harga sudah naik.

  5. izam berkata:

    celcom skmm terbaik

%d bloggers like this: