Cara Membuat Permohonan Tebus Kuasa Harta Pusaka


Cara-cara mengemukakan permohonan (Borang A) Akta harta Pusaka Kecil (pembahagian) 1955

A. Dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat permohonan

1. Satu salinan borang A yang telah lengkap di isi.
– Pergi pejabat tanah. Kalau Pejabat Tanah Daerah Batu Pahat tukang isi borang ini ada sebelah pagi. Ada orang perseorangan yang akan menguruskan mengisi borang ini.

2. Dua keping salinan bukti kematian.
– Sijil kematian dari JPN / surat report mati dari polis / surat sumpah oleh 2 orang saksi bebas yang menyaksikan atau menghadiri perkebumian / perintah anggapan kematian dari Mahkamah Tinggi.

3. Dua keping salinan kad pengenalan pemohon. Depan & belakang.

4. Dua keping salinan kad pengenalan waris. Depan & belakang. Sijil lahir bagi waris yang berusia kurang dari 12 tahun.

5. Salinan sijil nikah / sijil perkahwinan simati – jika ada.

6. Dua keping salinan hakmilik / geran.

7. Dua keping salinan surat perjanjian jual beli harta yang dituntut / rumah – jika harta tersebut belum mempunyai hakmilik.

8. Satu keping salinan resit cukai tanah dan cukai pintu untuk tahun semasa.

9. Dua keping salinan dokumen harta alih – buku bank yang dikemaskini, amanah saham, Sijil saham, Akuan tabung haji, KWSP, salinan kad pendaftaran kenderaan yang dituntut .. Sila buat semakan samada terdapat penama atau tidak.

10. Salinan dokumen hutang yang masih ditanggung oleh simati – jika ada hutang.

11. Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan simati yang mahu dituntut.

B. Semua dokumen asal hendaklah dibawa pada hari perbicaraan yang akan ditentukan kemudian.

c. Permohonan boleh dibuat di mana-mana pejabat tanah seluruh malaysia.
D. Tiada bayaran kepada pejabat tanah untuk permohonan.
E. Tukang isi borang – underwriter akan mengenakan sedikit bayaran untuk perkhidmatan mengisi borang.
F. Perbicaraan harta pusaka akan diadakan ditempat harta simati paling banyak berada.
G. Proses tebus kuasa Mengambil masa enam bulan.
H. Surat pemberitahu akan dihantar kepad PEMOHON menggunakan pos express. Sejumlah bayaran berdasarkan nilai terkini harta simati perlu dijelaskan SEMASA hari perbicaraan.
I. SMS pemberitahuan dari Pejabat Tanah menggunakan nombor 15888
J. Pemohon bertanggungjawab memberitahu semua waris supaya datang paerbicaraan.
K. Pemohon wajib datang.
L. Waris yang tak boleh datang boleh isi borang. Tukang isi borang di pejabat tanah tadi boleh menguruskan borang ini. Waris cuma perlu sain/cap jari saja.
M. Sebarang bantahan oleh pihak luar hendaklah dibuat sebelum hari perbicaraan.
N. Sila buat pembahagian harta pusaka sebelum masuk bilik bicara. Anda semua akan dihalau keluar untuk membuat persetujuan pembahagian sesama waris.

Soalan yang akan ditanya

1. Senarai Anak arwah yang masih hidup dan yang telah meninggalkan dunia.
2. Nama ibu dan ayah arwah
3. Arwah Ada suami/isteri lain ?
4. banyak lagi lah soalan.

Bayaran;
Jumlah yg ditulis dalam surat pemberitahu bicara + bayaran geran tanah.

Perihal lunix
pengguna linux

Komentar ditutup.

%d bloggers like this: