Malaysia mula eksport telefon pintar ke Amerika Syarikat


tipon pintar buatan malaysia

TOP IT Industries Sdn Bhd, anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu yang terlibat dengan perniagaan teknologi komunikasi akan mengeksport 100,000 unit telefon pintar, Magic W3, ke pasaran Amerika Syarikat, bermula bulan ini.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said berkata, telefon pintar itu adalah antara gajet tercanggih dan turut dilengkapi komputer dengan perisian Windows 7 dan dilengkapi dengan pelbagai akses, setanding telefon pintar keluaran syarikat telekomunikasi gergasi yang lain.

“Bulan lalu, 50 unit telefon itu yang berharga AS$1,000 seunit (RM3,052) telah dihantar ke Amerika untuk ujian pihak pengedar di sana yang juga adalah sasaran utama produk itu ialah golongan profesional di seluruh dunia,” katanya.

Produk keluaran Top IT itu mula dilancarkan pada 20 Mac lalu di Primula Beach Resort.

Sekitar 500 unit telefon tersebut yang mengandungi fungsi hiburan, multimedia, laman sosial, keupayaan navigasi (GPS), sidang video dan internet, telah dikeluarkan untuk pasaran Hong Kong dan China sejak ia dilancarkan.

Menurutnya, Kerajaan Negeri berbangga dengan usaha anak syarikatnya itu yang mahu mengorak langkah dengan meneroka pasaran di Amerika, sekali gus menjadikannya batu loncatan supaya Top IT lebih dikenali dengan produk berkualiti.

“Pencapaian ini masih belum dapat menandingi kehebatan produk telekomunikasi yang lain, namun ia langkah berani dan proaktif Top IT dalam bidang perniagaan,” katanya. – Bernama

sumber dari
sinarharian
bernama

AdvanceTC’s 4.8-inch tabletphone runs Windows 7 on a 1.6GHz Atom CPU
Magic W3 Bikinan Malaysia
The MAGIC W3 Microcomputer Fits in Your Pocket
Advance Tech Communications S/B

Perihal lunix
pengguna linux

Komentar ditutup.

%d bloggers like this: