Berita baik untuk penduduk luar bandar. Yes menawarkan plan Unlimited Unmeter ‘download sampai lebam’ plan internet istimewa bernama Yes Fiz.

Ini memang betul unlimited quota punya. Tak ada pakai bomoh, toyol atau vpn segala.

modem/router/wifi diberi percuma
yes-fiz
Gambar ciluk dari sini

Faq Yes Fiz
Pendaftaran : RM150
Bulanan : RM89 (sudah naik RM10 sempena pengurangan subsidi minyak)
kelajuan : 1mbps, mungkin lebih mungkin kurang
Kontrak ; 24bulan
Quota : Unlimited data sehingga diberitahu kelak * 30GB sebulan *
kawasan liputan : paling jauh 2km dari pemancar Yes
Pendaftaran : Sila pergi ejen Yes berhampiran rumah anda. Tidak semua agen menawarkan pakage yes Fiz.

Nota :
Plan yes Fiz Unlimited ini terbuka untuk semua. Dalam bandar luar bandar semua layak memohon.
Modem dilock berdasarkan daerah [atau negeri].
Agen YES atau wakil kedai komputer yg ada banner Yes fiz tempat anda berminat melanggan akan datang kerumah anda bagi membuat pemeriksaan liputan dan prestasi kelajuan Yes dirumah anda.
Keterangan lanjut sila hubungi talian khidmat pelanggan Yes atau ejen jualan Yes.
Tidak ditawarkan bagi kawasan Selangor/KL dan kawasan sewaktu dengannya buat masa kini.

Advertisements