Better WP Security


Pengguna wordpress dengan hosting sendiri sering menghadapi masalah blog kena hack atau kena serang virus. Perkara ini terjadi kerana wordpress ialah perisian blogging paling terkenal dalam dunia.

Default install dan pijat dalam plugin merupakan punca utama website kena hack. Sebab lain ialah webserver kena hack. Yg ini semua pengguna @ website dalam server itu jadi mangsa.

Satu plugins wajib yg mesti dipasang dalam wordpress ialah Better WP Security. Plugin ini sangat memudahkan kerja menambah keselamatan wordpress.

Cerita banyak pun tak guna. Lihat gambar berikut :
better-wp-security

Puasa 10 Muharam – Hari Asyura


Kami di lnux.wordpress.com mengucapkan selamat menunaikan ibadat puasa sunat 10 Muharam pada esok bersamaan sabtu 24 nov 2012.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434H


Bangga weh wa cakap lu
Malaysia ialah satu-satunya negara dalam dunia yang menyambut Maal Hijrah.
Boleh masuk guniess book of the rekod.

Doa awal dan akhir tahun itu bukan hadis. Sesiapa yg menyebarkan hadis palsu itu silalah bertaubat.

Tazkirah Ramadhan Bersama Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man


download mp3

Selamat berpuasa

PIKOM PC FAIR 2012(I)


30 mac – 1 apr 2012
Dewan jubli intan, muar
Terminal Sa1u, seremban

4-8 april 2012
BCCK, Kuching
Stadium Tertutup Miri, Miri

13-15 april 2012
KLCC, Kuala Lumpur
Pesada Johor, Johor Bahru

19-21 april 2012
KB Mall, Kota Bharu

20-22 april 2012
MITC, Ayer Keroh, Melaka

26-28 April 2012
Pusat Warisan Ri-Yaz, Kuala Terengganu

27-29 April 2012
Pusat Dagangan Sibu, SIbu

4-6 may 2012
Stadium Indera mulia, Ipoh

http://pikom.org.my/cms/General.asp?whichfile=PC+Fair+InfoCentre&ProductID=22461&CatID=12

Dilindungi: Rapidleech yang berfungsi


Kandungan ini dilindungi kata laluan. Untuk melihatnya sila masukkan kata laluan di bawah.

Cara Membuat Permohonan Tebus Kuasa Harta Pusaka


Cara-cara mengemukakan permohonan (Borang A) Akta harta Pusaka Kecil (pembahagian) 1955

A. Dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat permohonan

1. Satu salinan borang A yang telah lengkap di isi.
– Pergi pejabat tanah. Kalau Pejabat Tanah Daerah Batu Pahat tukang isi borang ini ada sebelah pagi. Ada orang perseorangan yang akan menguruskan mengisi borang ini.

2. Dua keping salinan bukti kematian.
– Sijil kematian dari JPN / surat report mati dari polis / surat sumpah oleh 2 orang saksi bebas yang menyaksikan atau menghadiri perkebumian / perintah anggapan kematian dari Mahkamah Tinggi.

3. Dua keping salinan kad pengenalan pemohon. Depan & belakang.

4. Dua keping salinan kad pengenalan waris. Depan & belakang. Sijil lahir bagi waris yang berusia kurang dari 12 tahun.

5. Salinan sijil nikah / sijil perkahwinan simati – jika ada.

6. Dua keping salinan hakmilik / geran.

7. Dua keping salinan surat perjanjian jual beli harta yang dituntut / rumah – jika harta tersebut belum mempunyai hakmilik.

8. Satu keping salinan resit cukai tanah dan cukai pintu untuk tahun semasa.

9. Dua keping salinan dokumen harta alih – buku bank yang dikemaskini, amanah saham, Sijil saham, Akuan tabung haji, KWSP, salinan kad pendaftaran kenderaan yang dituntut .. Sila buat semakan samada terdapat penama atau tidak.

10. Salinan dokumen hutang yang masih ditanggung oleh simati – jika ada hutang.

11. Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan simati yang mahu dituntut.

B. Semua dokumen asal hendaklah dibawa pada hari perbicaraan yang akan ditentukan kemudian.

c. Permohonan boleh dibuat di mana-mana pejabat tanah seluruh malaysia.
D. Tiada bayaran kepada pejabat tanah untuk permohonan.
E. Tukang isi borang – underwriter akan mengenakan sedikit bayaran untuk perkhidmatan mengisi borang.
F. Perbicaraan harta pusaka akan diadakan ditempat harta simati paling banyak berada.
G. Proses tebus kuasa Mengambil masa enam bulan.
H. Surat pemberitahu akan dihantar kepad PEMOHON menggunakan pos express. Sejumlah bayaran berdasarkan nilai terkini harta simati perlu dijelaskan SEMASA hari perbicaraan.
I. SMS pemberitahuan dari Pejabat Tanah menggunakan nombor 15888
J. Pemohon bertanggungjawab memberitahu semua waris supaya datang paerbicaraan.
K. Pemohon wajib datang.
L. Waris yang tak boleh datang boleh isi borang. Tukang isi borang di pejabat tanah tadi boleh menguruskan borang ini. Waris cuma perlu sain/cap jari saja.
M. Sebarang bantahan oleh pihak luar hendaklah dibuat sebelum hari perbicaraan.
N. Sila buat pembahagian harta pusaka sebelum masuk bilik bicara. Anda semua akan dihalau keluar untuk membuat persetujuan pembahagian sesama waris.

Soalan yang akan ditanya

1. Senarai Anak arwah yang masih hidup dan yang telah meninggalkan dunia.
2. Nama ibu dan ayah arwah
3. Arwah Ada suami/isteri lain ?
4. banyak lagi lah soalan.

Bayaran;
Jumlah yg ditulis dalam surat pemberitahu bicara + bayaran geran tanah.

Akhirnya kena serbu


Senggarang 29 feb 2012 8:30 malam.
Sebuah cybercafe merangkap pusat permainan komputer haram telah diserbu pihak berkuasa sebentar tadi. Pusat permainan komputer yang dipercayai menggunakan ilmu kebal ini telah beroperasi rasanya lebih 10 tahun. Antara kedai yang awal sekali beroperasi selepas rumah kedai ini siap dibina. Lokasi sebelah eno pasar mini milik indon.

Terima kasih kepada pihak berkuasa yang mengambil tindakan. Semoga pusat permainan komputer ini terus tutup seperti satu lagi depan balai raya yang telah diserbu beberapa tahun lepas.

Tak ada gambar, tak tau pihak berkuasa mana, berapa peralatan komputer kena tangkap dan sebagainya sebab saya bukan wartawan.

Chromium OS Lime dan Vanilla


Chromium OS adalah satu projek alternatif kepada Google Chrome OS. ia tidak mengandungi guugle spyware tetapi tetap menggunakan aplikasi dari guugle.

Terdapat perasa Vanilla tanpa perasa tambahan dan perasa Lime.

Web site Chromium OS

Keperluan utama ialah internet jalur lebar dengan kelajuan tinggi. Kalau guna internet jalur lebar berkelajuan rendah buat sakit jantung saja. Semua aplikasi adalah aplikasi atas awan.

Jika sambungan internet kamu diputuskan sebab tak bayar bil, sistem operasi ini tidak boleh digunakan. Komputer adalah milik kamu tetapi hard disk atas talian adalah milik guugle.

Bak kata pepatah arab, all your base belong to us.

Roadblock


%d bloggers like this: