Maxis dan Umobile SKMM


Maxis Pek Komputer 1Malaysia SKMM menawarkan kelajuan yang jauh lebih pantas berbanding Celcom SKMM.

Harga runcit sekarang ialah RM36 sekeping. Pandai-pandailah cari siapa yang jual murah.
Bulanan RM25 sahaja
Percuma bulan pertama.
Kelajuan sehingga menggit jari.
Cara aktifkan maxis skmm ada leceh sikit. Sila berhubung dengan penjual pek SKMM anda. Atau suruh saja penjual tersebut aktifkan terus.
Untuk membeli meksis plan 1netbook sila cari dalam cari emas RM35 untuk harga borong.

Baharu : Umobile pun ada pek SKMM 1malaysia boh !


ciluk gambar pek umobile dari sini
Harga jualan pek umobile skmm sekarang ialah RM60
Bulanan hanya RM40 saja
Quota penggunaan bulanan hanya 2 GB

Kemaskini : Umobile SKMM hanyalah ginnik dari tertentu berkaitan umobile. Bulanan rm40, memnyokong data & voice tak lebih dari plan mobile prepaid. Plan SKMM sepatutnya rm25 sebulan, data only.

Pengedar tipu.

Pengumuman Dari Celcom


Pengumuman: Pek Permulaan Jalur Lebar Projek Komputer 1Malaysia

Kami ingin memaklumkan kepada pelanggan untuk berhati-hati dan tidak memberi sebarang respon terhadap Pek Permulaan Jalur Lebar Projek Komputer 1Malaysia yang ditawarkan melalui internet tanpa kebenaran dari pihak Celcom.

Kami juga ingin memaklumkan Pek jalur lebar yang ditawarkan ini adalah sebahagian daripada pakej istimewa SKMM Komputer 1Malaysia dan hanya ditawarkan kepada pelanggan terpilih sahaja.

Dengan ini, kami ingin memaklumkan kepada pelanggan kami bahawa Celcom berhak untuk menamatkan perkhidmatan langganan Pek Permulaan Jalur Lebar Projek Komputer 1Malaysia terhadap mana-mana pelanggan yang membeli tanpa kebenaran dari pihak Celcom.

Celcom tidak akan bertanggung jawab bagi sebarang kerugian yang ditanggung akibat dari pembelian pek permulaan / atau penamatan langganan pek yang dibeli. Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan anda dalam perkara ini.

MDMA – Mobile Data Monitoring Application


Nama aplikasi : MDMA – a Mobile Data Monitoring Application
Website : www.nerve.org.za/mdma
Sistem Operasi : windows, portable single exe

Kegunaan :
Skodeng QoS
Enable/disable 3G band
3G Connection dialer

Modem huawei e1762 letak tepi tingkap. Letak atas bumbung dapat signal strengh rssi yang sama. Jarak 5km dari tower. Bukan satu tapi ada 4 tower. 2 pekan 1 asal Celcom Art900, 1 asal Tm Touch, 2 tower dalam kampung berhampiran.


3G 2100mhz


3G 900mhz


Celcom GPRS/EDGE GSM 900. Celcom disable cell info di johor. Bagaimanapun di jb tahun lepas ada pula cell info pada rangkaian 2G. Bulan lepas tak ada pula cell info.


Ini bukan MDMA. Tak boleh lock 3G only.

Celcom Broadband Pek Komputer 1 Malaysia Bahagian 2


Nota : Sudah tak berbaloi.

Pengeluaran Pek baru telah dibekukan oleh Celcom. Tak tau apa sebab boleh jadi plan ini membunuh Celcom broadband postpaid atau bantahan dari operator broadband lain.

Celcom Broadband SKMM Pek Komputer 1 Malaysia ini adalah dibawah kelolaan SKMM untuk projek jalurlebar nasional dan komputer 1 Malaysia. Celcom/maxis hanya pembekal talian sahaja tidak mendapat sebarang keuntungan dari plan SKMM ini. Rugi adalah.

Pek belum didaftarkan akan dibatalkan selepas tarih luput “used by …”

Masukkan SIM kad dalam telefon mudahalih.
Dial *124#
Belum daftar = anda tidak dibenarkan menggunakan perkhidmatan ini
Sudah daftar = Baki RM0.00 sah sehingga —- Plan data only.

Cara melanggan & sebarang kemuskilan:
Sila hubungi penjual pek anda.

Kemaskini April 2012
Kouta bulanan ialah 1GB
Selepas kouta penggunaan itu habis kelajuan ialah 64 kbps.@ 6 KiB/s

Sesiapa yang membeli sekarang dengan harga mahal memamg menyesal tak sudah.

Celcom SKMM terbaik ialah
Region HQ
Kemudian Sabah
Lepas tu Northern

Orang kata xpax/upaz boleh melanggan skmm broadband tu no komen. Aku dah coba dan tak berjaya.

Karnival Jalur Lebar 1Malaysia di Kota Tinggi


KARNIVAL JALUR LEBAR 1MALAYSIA 2011 ANJURAN KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN (KPKK) DENGAN KERJASAMA SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM) AKAN DIADAKAN DI 6 LOKASI IAITU PAHANG, PERAK, JOHOR, TERENGGANU, SARAWAK DAN SABAH BERMULA PADA OKTOBER 2011 SEHINGGA JANUARI 2012.

KUNJUNGI KARNIVAL JALUR LEBAR 1MALAYSIA PADA 3 – 4 DISEMBER 2011 BERTEMPAT DI PADANG KERAJAAN MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR

Pelbagai acara menarik menanti pengunjung karnival, antaranya pempamer terdiri daripada penyedia perkhidmatan jalur lebar, agensi Kerajaan Pusat dan Negeri serta pengeluar perkakasan dan perisian ICT . Selain itu, turut diadakan Pertandingan Konsol Guitar Hero , Pertandingan Konsol Nintendo Wii Sports , Cabaran Permainan Dalam Talian: Go Kart, Batu Seremban, Animasi Mania, Persembahan kesenian / artis.

Pelbagai hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi melalui aktiviti-aktiviti seperti pertandingan karaoke, pertandingan melukis, pertandingan mewarna, cabutan bertuah dan persembahan badut yang pasti membuatkan pengunjung semua terhibur.

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN KARNIVAL JALUR LEBAR 1MALAYSIA.

Masuk adalah percuma
Dapatkan pek SKMM Celcom, Maxis, Digi, Umobile, 4G P1Wimax, TM EVDO CDMA (ada ke ? 😆 )

Celcom Broadband Pek Projek Komputer 1 Malaysia


Terhangat di pasaran. Internet jalurlebar hanya RM25 sebulan. Mengapa masih mencuri wifi jiran secara haram ?

Kurang dari 90 sen sehari bro. Kalau tak mampu juga, jangan pakai internet.

Mencuri wifi bukan free internet. Berak kencing di tandas awam pun kena bayar, mana ada internet percuma ?

Mengapa membuang duit membeli wifi booster untuk menambah dosa ? Jika tuan punya wifi tak halalkan, kamu akan membayar kepada tuan punya wifi hari akhirat nanti. Ibarat kata pepatah, sesal kemudian tidak berguna. Penjual wifi booster dan tukang buat tutorial cara mencuri wifi mendapat habuan sama.

Hidup di dunia sebentar saja. Cari pahala banyak-banyak, cari dosa jangan sekali.

Harga sim pek : Barang panas. Stok terhad. Pek permulaan berharga RM25 dari wakil jualan Celcom terdekat. Dari RM30 ke atas belian dalam internet. Ada yg jual rm100 sekeping.
Di mana ada jual : Cari dalam internet, Celcom Blue Cube dan kedai wakil Celcom terpilih.,
Bulanan ; RM25 sahaja.
Kelajuan : Biasanya 384kbps, kadang-kadang 512kbps, jarang-jarang dapat up to 1.5mbps. Penjual tu kata dapat 1.5mbps betul la.
Plan : Prabayar. Tambah nilai dan tempoh aktif / tempoh sah mengikut plan Celcom prabayar.
Tambah nilai : Di mana-mana wakil Celcom. Cakap saja nak topup RM25.

Orang beli pek SKMM ini untuk internet murah bukan untuk laju. Kalau nak internet yang laju, pilihlah U-mobile atau maxis.

Pek ini sepatutnya untuk penerima komputer projek 1malaysia yang bertuah. Kemudian untuk pelajar sekolah yang bertuah.

Celcom telah bermurah hati melepaskan sim pek edisi terhad ini . Maxis kedekut kerana tidak melepaskan Pek Maxis Broadband 1malaysia kepada orang ramai.


Gambar ciluk.

Ulasan saya :

Jika anda bernasib baik, pek anda tidak mendatangkan masalah. Semuanya OK. Laju, lancar, bagus, memang berbaloi-baloi.

Jika anda tidak bernasib baik, pek anda membuat anda pening kepala. Berbagai masalah yang timbul. Sebarang masalah sila rujuk penjual pek 1malaysia anda.

Saya tidak menjual pek celcom 1Malaysia dan tidak mendapat sebarang komisen dari mana-mana pihak. Justru sila guggel sendiri untuk mendapatkan tawaran terbaik. Pek permulaan ini hanya berharga rm25 dari Celcom.

Huawei Mobile Partner Linux 21.003.28.00.03


Previously on Huawei Mobile Partner Linux

Huawei Mobile Partner Linux versi terbaharu 21.003.28.00.03 sudah dilepaskan.
Download dari <a href="http://dl.dropbox.com/u/76879066/Mobile.Partner.Linux.21.003.28.00.03.zip atau mediafire

Cabut huawei modem.

Cara pasang :
1. Download
2. Extract file zip
3. Extract file 7zip
4. Buka terminal di folder file extract tadi
5. sudo ./install
6. Install selesai.
7. Menu ada pada internet

Cucuk huawei modem. Tunggu se dua minit. Mobil partner akan muncul secara automagic.

Kredit untuk : gpatenpisan

pass = huawei

Cara matikan voice mail pada perkhidmatan telefon


Voice mail atau pesanan suara ialah taktik kotor operator telefon untuk menambah pendapatan. Hampir semua pengendali perkhidmatan telefon mengaktifkan voice mail.

Cara-cara untuk mematikan voice mail

Telekom Malaysia
Talian rumah anda sendiri
Hubungi 100 atau pergi TM point

Talian rumah rakan/jiran/sedara mara anda
Ajar mereka cara mematikan voice mail

Talian pejabat kerajaan
Buat aduan kepada ADUN/MP kerajaan/pembangkang, FOMCA, DAP, UMNO, PAS, KEADILAN, Namawee, PEKASA, Menteri kebudayaan, kesenian, warisan dan multimedia Dr Rais Yatim. Tweet najib atau khairy.

celcom
hubungi talian perkhidmatan pelanggan 1111
Percuma dari talian celcom
Community-powered support for Celcom forum

maxis
hotlink voice mail tidak di aktifkan secara lalai.
Cari dalam menu *100#

digi
Hubungi digi 016-221 1800
Cari dalam menu *128#
Percuma dari talian digi

happy
hubungi talian perkhidmatan pelanggan

umobile
hubungi talian perkhidmatan pelanggan

tune talk
hubungi talian perkhidmatan pelanggan

xox
ada ke orang guna xox

salamfone
ntah

disable voicemail.

Tempoh aktif Celcom Prabayar


Tempoh aktif Celcom prabayar
Sah untuk semua plan Celcom Prepaid – Celcom Blue, Celcom Xpax, Celcom Sukses, Prepaid broadband, instanet Broadband, SKMM broadband.
Tidak termasuk Prepaid untuk pelajar – Student Of X dan Universiti Of X. Tempoh aktif sehingga harijadi ke 26 kemudian bertukar menjadi plan prepaid Xpax.


Tempoh aktif boleh membuat dan menerima panggilan selepas pendaftaran ialah 1 bulan
Tempoh ikhsan selepas tempoh aktif tamat ialah 50 hari
Hari ke 51, baki kredit akan hilang.
Selepas hari ke 52, *124# akan disekat. Bertindak segera sebelum menjadi ‘sim card registarion fail’ atau ‘invalid sim’. Sila hubungi celcom untuk pengesahan.

Satu bulan sebelum sim ditamatkan, celcom akan menghantar SMS SIM akan dibatalkan pada sekian haribulan.

Satu minggu sebelum sim ditamatkan, celcom akan menghantar SMS SIM akan dibatalkan pada sekian haribulan.

Selepas tempoh mati tiba kamu masih tak topap lagi, SIM akan dibatalkan.
Jika kamu bernasib baik, nombor dibatalkan tapi SIM masih aktif. Tak faham ?

Hari ke 53 dan seterusnya ….

‘invalid sim’
selamat tinggal. Nombor anda sudah dikitar semula.

Masih lagi keluar ‘my celcom’
Tekan *124#
Biasanya kamu mendapat balasan baki. Jika balasan ialah ‘sila hubungi perkhidmatan pelanggan’ ertinya nombor kamu tak cantik atau celcom kesian dengan kamu. Nombor ditamatkan tapi SIM masih aktif.

Pergi cawangan celcom berdekatan untuk mengaktifkan balik nombor. Bayaran topap RM30 dikenakan. Akan dimasukan balik dalam nombor.

Tempoh aktif 1 atau 2 tahun
Celcom prepaid menawarkan tempoh aktif untuk satu dan dua tahun.
Kadar bayaran langganan ialah rm30 untuk setahun dan rm50 untuk dua tahun.
Topup minima rm30 untuk 6 bulan pertama diperlukan.

Rujuk : http://www.xpax.com.my/credit_expiry.html

Untuk pengguna celcom prabayar yang bertuah sahaja.

Celcom menawarkan tempoh aktif 25 hari @ rm3 dan 50 hari @ rm5
Untuk melanggan, dial *488#

Ada x ada segalanya.

Term & condition apply.

Maxis 3G Coverage


Maxis wireless broadband coverage map
http://58.71.131.131/mimsgoogle/gmapform.aspx


Cayalah Maxis. Tengah hutan ada liputan 3G. Macam tak percaya den.

Celcom wireless broadband coverage map
http://coverage.celcom.com.my/CelcomCoverageIIPub/faces/CelcomCoverageRes.jsp


Penduduk Bekok, Kahang, Jamaluang boleh juga menggunakan TM wireless CDMA EVDO.

Umobile tidak berminat dengan bandar kecil.
Digi 3G

%d bloggers like this: