Privoxy 3.0.22 telah dilancarkan


Privacy enhancing HTTP Proxy

Privoxy is a web proxy with advanced filtering capabilities for protecting privacy, filtering web page content, managing cookies, controlling access, and removing ads, banners, pop-ups and other obnoxious Internet junk. Privoxy has a very flexible configuration and can be customized to suit individual needs and tastes. Privoxy has application for both stand-alone systems and multi-user networks.

Privoxy is based on Internet Junkbuster ™.

Changelog debian

privoxy (3.0.22-1) unstable; urgency=low
* New upstream version 3.0.22-stable.
* Update all patches.
* Upgrade to Standards-Version 3.9.5 (no changes).
* Add upstream GPG signature check.
* Convert debian/copyright to DEP5.

Download : Privoxy

Teruskan membaca kiriman ini

dpkg was interrupted, you must manually run ‘sudo dpkg –configure -a’ to correct the problem.” run the following command:


Masalah : Install satu aplikasi tak kiralah melalui synaptik, gdebi atau dpkg. Kemudian installer itu sangkut atau pc beku atau letrik terputus ke apa ke. Lepas tu keluarlah natang ni.

dpkg was interrupted, you must manually run ‘sudo dpkg –configure -a’ to correct the problem.” run the following command:

Penyelesaian :
sudo dpkg -r -a
sudo dpkg -P -a

buang pakage yg kamu pasang tadi.

Cara Kemas kini Adobe Flash plugin


Untuk Distro Keluarga Debian mungkin juga untuk keluarga *buntu.

Caranya mudah saja.

Buka synaptic, buang Adobe Flash Player – browser plugin kemudian pasang semula.

Bila kamu pasang ulang, script itu akan menyedut file terbaharu dari pelayan Adobe.

Cara Install Dropbox Dalam Mepis Linux


Rasanya semua orang sudah tahu apa itu ruang simpanan awan Dropbox

Di sini saya akan menerangkan cara memasang Dropbox dalam distro linux berperisa Debian yang bernama Mepis

1. Buka synaptic package manager
2. update repo
3. Buat carian dropbox
4. Install.
5. Whoa. Dropbox ada dalam menu ‘internet’ ‘dropbox – network strage’

Sekat Laman Tak Senonoh Dengan OpenDNS FamilyShield


Satu cara yang sungguh mudah dan berkesan untuk menyekat laman tak senonoh. Percuma. Cuma setup satu kali saja.
Boleh dipasang pada router atau komputer

Tukar ISP DNS atau Guugel DNS kepada FamilyShield DNS

208.67.222.123
208.67.220.123

DNS ini telah siap disetup untuk menyekat bukan saja laman lucah malah laman lain yang kurang elok.

Cara setup pada Linux keluarga Debian

1. Edit file /etc/dhcp/dhclient.conf

2. Cari baris ini dalam file dhclient.conf
#prepend domain-name-servers 127.0.0.1;

3. Di bawah baris itu, tambah FamilyShield DNS yang ingin kamu gunakan.
prepend domain-name-servers 208.67.222.123,208.67.220.123;

Mepis 11 Roadblock Remaster Edition


Mepis Linux atau nama peruhnya SimplyMepis ialah Distro linux keluaran syarikat MEPIS LLC yang ditubuhkan oleh Encik Warren Woodford. 

Mepis Linux adalah newbie friendly – sesuai untuk pengguna yang baharu berjinak dengan Linux atau yang baharu mahu mencoba Distro Debian.. Mepis  berasaskan  Debian Stable (Squeexy).  Mepis 11 versi kemasnini telah dilepaskan pada 29 jan 2012. Debian yang asli – Pure Debian -sesuai untuk otai Linux. 

Mepis 11 Menggunakan KDE 4.5.4  Desktop. 32 dan 64 bit

Mepis-Roadblock remaster

Mepis Roadblock remaster ialah remix dari Mepis 11. Dibuat oleh Otai Mepis Encik Danum  Perbezaan antara Official Mepis 11.0.12 dengan Mepis Roadblock ialah :

Apa beza SimplyMEPIS-DVD_11.0.12 dengan mepis roadblock remaster ?

Bug fix dari Mepis 11 update edition
Saiz iso jauh lebih kecil hanya 1.3Gb
KDE terkini 4.7.4
FFMPRG terkini
Bug Fix ark rar pasword protected file arkip
kernel masih sama mepis1 2.6.36-1-mepis-smp

Pautan Download Mepis Roadblock

Nota kaki:

wvdial kena install sendiri

Cara pasang Adobe flash yang baharu

Buka synaptic, cari flashplugin-nonfree, mark for reinstalltion. apply
Nanti versi baharu akan diambil dari adobe.
jika install stuck, scrool bawah install terminal windows, ada soalan yes atau no.

Kelebihan Mepis berbanding Distro Debian stable yang lain.

Mepis tool terdiri dari mepis system, mepis network & mepis user. Ada tool untuk mendapatkan kembali boot loader yang hilang.
Mepis kuminiti repo menawarkan aplikasi terkini yang tiada dalam Debian stable atau Debian backport.
Mepis forum yang mesra pengguna.

Layan gambar sat
default open port
Open port lalai dalam kebanyakan distro linux – local network Avahi daemon, samba, printer cups.


GUI untuk setting nvidia kad


MEPIS sistem asistan, membuat live USB, repair boot system, repair partition


MEPIS network assistant untul LAN, WIFI, windows driver


Repositori untuk MEPIS.

Mepis roadblock mempunyai tambahan repo berikut :
# Mepis updated kde repo’s
deb http://teharris.net/mepiscr/kde/ kde4.7 test
deb http://teharris.net/mepiscr/kde/ experimental test

siduction Linux : Satu Langkah Kehadapan



Hari ini sudah satu bulan saya menggunakan siduction 2011.1 ‘One Step Beyond’ KDE 386. Sebelum ini menggunakan openSUSE EDU. Pusing sana pusing sini kembali kepada Debian juga. Debian Rock.

siduction adalah distro Linux terbaru serpihan dari sidux/aptoSID yang berasal dari Debian Unstable @ sid. Distro ini sesuai untuk peminat Debian yang mahu sesuatu yang panas dan segar.

Release name : siduction 2011.1 ‘One Step Beyond’
Desktop : KDE SC 4.7.2, XFCE, LXDE
Arch : 32 dan 64bit
hybrid iso, dd able atau GUI mandriva seed, opensuse image writer
Base : Debian Sid + patch, Fork from aptosid
Kernel : 3.1-6.towo.2-siduction-686 (image + header ready)
Sound drivers supported: PulseAudio + ALSA + OSS
Sound drivers used: ALSA
Multimedia ready. Flash, mp3, webm, aac
Online manual : siduction Operating System Manual

Ada sesetengah aplikasi gagal dijalankan. Ini pekara kecik saja tak jadi hal.

sakis3g – gunakan wvdial
unetbootin – su-to-root -X -c unetbootin atau install kdesudo

Cara memasang aplikasi pilihan

package manager : apt-get install synaptic
wine : wine-bin
virtualbox : virtualbox, virtualbox-qt, virtualbox-dkms
Network interfaces monitor : KNemo. Buang benda ini dan install wicd-gtk.

illume OS 1.1


Sebuah distro berasaskan Debian hasil dari one man distro.

illume OS 1.1
telah dilepaskan pada 22 jan 2012.

Download dan check md5sum betul.
suse@linux-9mam:~/Downloads> md5sum illumeOS1.1.iso
7f0d6fed7527ea515aeeed9be0ddf6fb illumeOS1.1.iso
suse@linux-9mam:~/Downloads>

Coba dalam virtualbox dulu.

mmmmmmmmm

Blog beliau tak boleh hantar komen.

sekian terima kasih.

Privoxy Linux Portable 3.0.19


Privoxy Linux versi 3.0.19 Portable.
Berasaskan privoxy_3.0.19-1_i386.deb
Tidak perlu install.
Mengandungi Adblock plus easylist dan easyprivacy filter.
Nama file : privoxy-3.0.19-linux-portable.tar.gz
Saiz : 680kb
nota : Buang .odt dan extract.
Cara guna :
Buka terminal dimana Privoxy itu berada
./privoxy –no-daemon
atau
./p.sh

Nota pelepasan
Teruskan membaca kiriman ini

Liquid Lemur Linux


Salam 1 Debian

Liquid Lemur Linux adalah distro Linux berasaskan Debian Testing (Wheezy) branch. Ia tersedia dalam desktop XFCE, Window Maker untuk 32 bit dan 64 bit. Liquid Lemur’s KDE edition tidak dikemaskini kerana kesuntukan masa, Liquid Lemur’s Openbox Edition (LOBE) pula ialah kominiti edition.

Apa maksud Liquid Lemur Linux ?

The name Liquid Lemur Linux came from me wanting a name that conveyed attitude, spunk, speed, intelligence, beauty, and community. A Lemur is all that and more. While I knew Lemur was to be a big part of the name, I had no idea what else to add. So, I Googled for one of those sites where you enter a bunch of words and it creates a name. I forget the site, but can look it up if someone would like to see it. Long story short, Liquid Lemur was in the long list of possible names, and it caught my eye.

Website : Liquid Lemur Linux
Live USB : Ya menggunakan unetbootin
Audio server : Menggunakan pulseaudio
Mengandungi Easy Lemur, Lemur Control Panel, Lemur repo

Versi yang saya gunakan adalah Liquid Lemur’s KDE edition beta 3. Tak ada masalah walaupun namanya beta kerana semua Debian Children Distro lebih kurang sama.


Lemur GRUB menu


Menggunakan installer dari Linux Mint. Tiada sokongan encryption.


Klik untuk pasang


Liquid Lemur dengan desktop KDE 4 dan menu klasik.

%d bloggers like this: