Menambah Sokongan Bahasa Melayu Dalam Kubuntu


Ini adalah cara menjadikan Kubuntu anda menjadi Bahasa melayu.
Boleh digunakan untuk semua distro linux yang ada nama ‘buntu’ atau berasaskan keluarga ‘buntu’ seperti blank On, FIMOS First malaysia Operating System, BackTrack Linux, Halal Linux, Sabily dan beratus lagi ubuntu remaster yang lain.

Pertama sekali, buka software manager, buat carian malay

Kemudian Install
Selepas itu pergi ke system settings, locate, ubah kepada Bahasa Melayu

Seterusnya log-out desktop

language pack Bahasa Melayu ini hanya untuk Ubuntu sahaja. Ia tidak boleh dipasang pada Debian. Ini kerana sama ada pembangun language pack tidak mengeluarkan pack untuk Debian atau Ubuntu tidak menghantar penambahbaikan distro ke upstream.

Akregator dan Liferea, Penganti Untuk Google Reader


Kemaskini terbaru Google Reader menimbulkan masalah bukan saja kepada saya tetapi ramai pengguna yang lain. Antara masalahnya ialah latarbelakang hitam dan putih menyakitkan mata. Tiada pilihan untuk menukar kepada ‘old’ reader.

Sebagai pengganti saya menggunakan ArkreGator Feed reader untuk KDE

Akregator is a news feed reader. It enables you to follow news sites, blogs and other RSS/Atom-enabled websites without the need to manually check for updates using a web browser. Akregator is designed to be both easy to use and to be powerful enough to read hundreds of news sources conveniently. It comes with Konqueror integration for adding news feeds and with an internal browser for easy news reading.

This package is part of the KDE PIM module.

blam simple RSS aggregator for GNOME
mono base. suck

Liferea juga boleh tahan.

Liferea is a simple FeedReader clone for GNOME. It is a reader for RSS/RDF feeds which also supports CDF channels, Atom/Echo/PIE feeds and OCS directories.

Liferea is an abbreviation for Linux Feed Reader.


Default liferea feed


Menyokong offline mode


liferea setting. Boleh didable javascript, browser plugin.

Untuk install akregator atau liferea, cari dalam package manager.

Netrunner 3 Chromatic


Nama distro : Netrunner 3 – “Chromatic”
Base : Ubuntu 11.04
Desktop : KDE 4.6.1
File size : 1.2gb
hybrid iso : tidak
Live USB : Ya menggunakan unetbootin
web : http://www.netrunner-os.com/

Apa yang berlaku jika anda mengambil Ubuntu dengan Unity dan Gnome kemudian membuang desktop gnome dengan Unity dan menginstall Kubuntu ?

Aku tak tahu menggapa pembuat distro ini tidak mahu menggunakan Kubuntu sebagai asas sebaliknya menggunakan Ubuntu. Membuat kiriman forum dan komen kena mendaftar terlebih dahulu.

Netrunner 3.1 – Update sudah dilepaskan. Seperti biasa, tiada delta patch disediakan.

berita selengkapnya

Distro berasaskan Fedora linux


Fedora linux ialah distro khas untuk pengguna yang mahu sesuatu yang terkini dalam dunia Linux. Pengguna yang baru ingin mencoba distro Fedora mungkin menghadapi masalah dengan versi Fedora asli dari fedora project.

Seperti Debian atau Slackware, versi asli Fedora tidak ditujukan kepada pengguna baru yang hanya mahu terus pasang-dan-jalan tanpa berpusing kepala pasang extra itu dan ini.. Mujurlah ada beberapa pihak yang bermurah hati membuat Fedora Remix..

Hanthana is a Linux based operating system and a Fedora remix suitable for desktop and laptop users. Hanthana comes to you in the form of a LiveDVD for regular PC (i686 & x86_64 architectures) systems. You can run Hanthana Operating System directly from the LiveDVD and check out each and every feature before installing it on your hard disk.

Hanthana has all the features of Fedora and loads of additional software including multimedia players and codecs by default. In short, Hanthana is ready to serve your office, multimedia, graphic, educational and entertainment needs immediately after installation!

Percuma. free of charge and free to make copies, share and distribute. Made In Sri Lanka. Gnome desktop.

Kororaa Linux
Originally based on Gentoo Linux, Kororaa has been re-born as a Fedora Remix1 with tweaks and extras to make the system “just work” out of the box. It comes with both the KDE or GNOME desktops.

Kororaa GNU/Linux, Pronounced “Core-ror-ah”, a distribution that was create by Canberra-based Christopher Smart.

Temubual Distrowatch dengan Encik Chris Smart
Kororaa GNU/Linux is back

Oshirix 2011 telah dilepaskan


Oshirix versi 2011 sebuah distro Linux dari Malaysia telah dilepaskankan.
Base adalah Debian Squeeze
Desktop adalah LXDE dan Gnome
Size adalah 1.7GiB
32 bit dengan PAE kernel
menyokong live USB menggunakan unetbootin.

Release rote dan info dari Encik Mambang

Gambar selepas dibuang mono dan ubahsuai panel Gnome.

Oshirix 2011 Boot menu selections

Oshirix 2011 dengan Gnome

torrent

Gambar di atas diambil dalam virtualbox 4.0.4 dengan host Kanotix firehell.
Status : seeding

root password : i-dont-know
hahaha just kidding. kita buat dia. not a big deal.

Buka terminal
sudo su
passwd
Sekarang awak boleh tukar root password.

Oshirix 2011 adalah distro linux yang sangat mencabar. Lebih mencabar berbanding Oshirix 2009 Special Edition. Jika anda jenis pengguna pasang dan jalan, Oshirix 2011 bukan distro untuk anda.

Oshirix diberi secara percuma jadi No Komen.

Distro Oshirix adalah keluaran one man distro oleh Encik Oshiri. Hey aku tak tau beliau lelaki atau perempuan. Asalnya distro Oshirix dibuat untuk kegunaan beliau sendiri. Kemudian dilepaskan untuk komuniti mambang.

eNusakambanganOS


eNusakambangan OS ver. 2.2.2 Final Release sebuah lagi distro Lnux keluaran Indonesia.
Distro ini berasaskan openSUSE 11.3.
Desktop adalah Gnome 2.28


Gambar diciluk dari blog kang tatang
Teruskan membaca kiriman ini

CD/DVD Burning Untuk Linux


Pengguna windows semestinya biasa mengggunakan Nero Burning ROM samada diberi percuma dengan pembelian DVD writer atau edisi penuh. Nero untuk Linux juga tersedia tetapi ia tidak percuma. Hakikatnya tiada siapa yang mahu membayar Nero Linux kerana ada aplikasi yang lebih bagus dan percuma.

Berikut adalah tiga aplikasi CD/DVD Untuk Linux.

berita seterusnya selepas pesanan penaja

Gnome Nautilus Trash Bug Season 2


Previously on Gnome Nautilus Trash Bug

Nampaknya pijat ni masih ada dalam gnome 2.30.1

Gambar ini diambil dalam Fedora 13.

Penyelesaian : Guna KDE

OpenSUSE


1. openSUSE merupakan distro Linux yang mudah digunakan.

2. openSUSE mempunyai sokongan apliksi windows yang sangat baik. Ini kerana novell mempunyai persahabatan akrab dengan microsaft.

3. Sebagai contoh, menjalankan ultrasurf dalam openSUSE sungguh mudah. Dalam distro lain, ultrasurf mengambil masa beberapa minit untuk loading. openSUSE cuma mengambil masa beberapa saat.

4. openSUSE mempunyai control panel untuk hardware komputer dan untuk setting grafik kad. Selain openSUSE, hanya mandriva dan keturunan mandriva saja yg ada control panel lengkap.

5. openSUSE sebenarnya sesuai untuk pendatang baru dari windows. openSUSE lebih kepada windows dari Linux. Entah mana silapnya, tak ramai yang menggunakan openSUSE.

6. Thema openSUSE adalah hijau. Aku rasa parti Islam PAS wajar menjadikan openSUSE sebagai distro rasmi mereka. Memang sesuai beb.

7. Hal ini kena tunggu ketua pemuda pas sapa ntah namanya celik matanya guna GNU/Linux.

8. Sebagai parti Islam, PAS tak patut membiarkan ahli mereka terus bergelumang dosa menggunakan perisian cetak rompak yang haram.

9. Ini pun nak tunggu Tok Guru Kelantan tu suruh guna Linux kot ?

10. openSUSE adalah penyokong gnome dan mono. Yang peliknya, openSUSE KDE adalah yang terbaik.

Gambar ?
Semua distro sama saja bai. Bayangkan destop Gnome/KDE dengan thema HIJAU.

Jenis-jenis openSUSE

http://en.opensuse.org/Derivatives
openSUSE factory
openSUSE-Education [openSUSE Edu Li-f-e]
Gnome, KDE4, KDE3, LXDE, XFCE, E17,

Parsix Linux 3.5 Frankie Sedia untuk diuji


parsix linux

1. Parsix GNU/Linux ialah Debian testing derivatif optimise untuk desktop Gnome.

2. Parsix GNU/Linux hanya mengeluarkan Gnome desktop. Tiada KDE, Icewm, Xfce, E17 dan sebagainya. Parsix berkerjasama terus dengan Gnome.

3. Pengguna buntu yang ingin berhijrah kepada Debian cobalah Parsix. Desktop Gnome tetap sama walaupun berlainan distro.

4. Parsix berasaskan Debian testing Squeeze. Debian testing membawakan kepada anda aplikasi up-to-date panas terbaik dari ladang.

5. Parsix hanya mempunyai beberapa devoloper dengan sumber kewangan terhad justru jangan samakan dengan canonsial. Tak payahlah bandingkan dengan ubuntu. Sebarang masalah silalah memberi maklumbalas dalam forum Parsix.

6. Parsix bukan produk comersial seperti ubuntu. Tidak ada marketing department dengan bajet berjuta-juta. Sebab itulah Parsix tidak terkenal.

7. Sepanjang yang aku tau, Parsix adalah satu-satunya Debian testing khusus untuk Gnome. Debian dengan KDE memang banyak dan ramai.

8. Parsix ialah 100% Debian testing. Ubuntu bukan debian.

9. Default desktop thema boleh tukar. Tak ada hal punya.

10. Parsix menawarkan pilihan upgrade dari satu versi ke versi kemudiannya.

11. Parsix Linux berasal dari Parsi. Dia orang tengah perang pun sempat juga buat linux sendiri.

12. Multimedia ready.

13. Semua debian base sama saja cara penggunaannya.

%d bloggers like this: