Cara Aktifkan Maxis SKMM


Jadi anda sudah membeli pek maxis SKMM. Kamu perlu aktifkan dahulu. Buka pek dan baca ‘Soalan lazim untuk broadband prabayar’

1. Keluarkan sim, masukan dalam telefon mudah alih. Buat panggilan yang pertama ke 122. Nombor lain pun boleh tapi kena bayar ikut kadar hotlink.

2. Dail *100# untuk menu atau *122# untuk baki kredit.

3. Masukkan sim dalam modem. Sepatutnya semua setting automagik. Buat capaian internet.

4. Kamu akan mendapat maxis prepaid portal. Jangan klik sebarang pautan. Klik untuk aktifkan 0.7gb 30 hari pass.

5. Tunggu sebentar. Ada tulisan kecil kata sms telah dihantar.

6. Anda akan mendapat SMS jika connection manager anda menyokong SMS. Jika tidak sila disconnect, keluarkan modem, keluarkan SIM dan masukan SIM ke telefon mudah alih.

7. Tunggu SMS 1notebook dari maxis itu. Kalau tak ada juga selepas 30 minit, kebali ke langkah nombor 3.

8. Dalam maxis prepaid portal klik “VIEW SUBSCRIPTION PURCHASED”. Bawah item Subscription ada bertulis “1Netbook Starter Pack”

9. Jila tiada ertinya pengaktifan tadi tidak berjaya. Buat sekali lagi.

Masalah berkaitan

10. Tak boleh masuk maxis prepaid portal

Sila gunakan Maxis DNS. Publik DNS selain Maxis tidak diterima.

Maxis DNS server
58.71.136.10
58.71.132.10

Web portal maxis prepaid adalah percuma. Tiaca caj internet dikenakan.

11. Tak ada “click here to active 0.7gb 30 days pass”
Masuk prepaid portal dengan web browser lain.
Reload
lihat status, mungkin “1Netbook Starter Pack” sudah diaktifkan ?

12. Mendapat 2GB 4 hari pass ? Tahniah. Untuk pelanggan bertuah saja. Maxis love u.

13. Setting lengkap untuk maxis SKMM prepaid

14. Semalam ok hari ini tak boleh melayari internet ?
Sila gunakan Maxis DNS sebagai nameserver pertama.

Maxis dan Umobile SKMM


Maxis Pek Komputer 1Malaysia SKMM menawarkan kelajuan yang jauh lebih pantas berbanding Celcom SKMM.

Harga runcit sekarang ialah RM36 sekeping. Pandai-pandailah cari siapa yang jual murah.
Bulanan RM25 sahaja
Percuma bulan pertama.
Kelajuan sehingga menggit jari.
Cara aktifkan maxis skmm ada leceh sikit. Sila berhubung dengan penjual pek SKMM anda. Atau suruh saja penjual tersebut aktifkan terus.
Untuk membeli meksis plan 1netbook sila cari dalam cari emas RM35 untuk harga borong.

Baharu : Umobile pun ada pek SKMM 1malaysia boh !


ciluk gambar pek umobile dari sini
Harga jualan pek umobile skmm sekarang ialah RM60
Bulanan hanya RM40 saja
Quota penggunaan bulanan hanya 2 GB

Kemaskini : Umobile SKMM hanyalah ginnik dari tertentu berkaitan umobile. Bulanan rm40, memnyokong data & voice tak lebih dari plan mobile prepaid. Plan SKMM sepatutnya rm25 sebulan, data only.

Pengedar tipu.

Celcom Broadband Pek Komputer 1 Malaysia Bahagian 2


Nota : Sudah tak berbaloi.

Pengeluaran Pek baru telah dibekukan oleh Celcom. Tak tau apa sebab boleh jadi plan ini membunuh Celcom broadband postpaid atau bantahan dari operator broadband lain.

Celcom Broadband SKMM Pek Komputer 1 Malaysia ini adalah dibawah kelolaan SKMM untuk projek jalurlebar nasional dan komputer 1 Malaysia. Celcom/maxis hanya pembekal talian sahaja tidak mendapat sebarang keuntungan dari plan SKMM ini. Rugi adalah.

Pek belum didaftarkan akan dibatalkan selepas tarih luput “used by …”

Masukkan SIM kad dalam telefon mudahalih.
Dial *124#
Belum daftar = anda tidak dibenarkan menggunakan perkhidmatan ini
Sudah daftar = Baki RM0.00 sah sehingga —- Plan data only.

Cara melanggan & sebarang kemuskilan:
Sila hubungi penjual pek anda.

Kemaskini April 2012
Kouta bulanan ialah 1GB
Selepas kouta penggunaan itu habis kelajuan ialah 64 kbps.@ 6 KiB/s

Sesiapa yang membeli sekarang dengan harga mahal memamg menyesal tak sudah.

Celcom SKMM terbaik ialah
Region HQ
Kemudian Sabah
Lepas tu Northern

Orang kata xpax/upaz boleh melanggan skmm broadband tu no komen. Aku dah coba dan tak berjaya.

Celcom Broadband Pek Projek Komputer 1 Malaysia


Terhangat di pasaran. Internet jalurlebar hanya RM25 sebulan. Mengapa masih mencuri wifi jiran secara haram ?

Kurang dari 90 sen sehari bro. Kalau tak mampu juga, jangan pakai internet.

Mencuri wifi bukan free internet. Berak kencing di tandas awam pun kena bayar, mana ada internet percuma ?

Mengapa membuang duit membeli wifi booster untuk menambah dosa ? Jika tuan punya wifi tak halalkan, kamu akan membayar kepada tuan punya wifi hari akhirat nanti. Ibarat kata pepatah, sesal kemudian tidak berguna. Penjual wifi booster dan tukang buat tutorial cara mencuri wifi mendapat habuan sama.

Hidup di dunia sebentar saja. Cari pahala banyak-banyak, cari dosa jangan sekali.

Harga sim pek : Barang panas. Stok terhad. Pek permulaan berharga RM25 dari wakil jualan Celcom terdekat. Dari RM30 ke atas belian dalam internet. Ada yg jual rm100 sekeping.
Di mana ada jual : Cari dalam internet, Celcom Blue Cube dan kedai wakil Celcom terpilih.,
Bulanan ; RM25 sahaja.
Kelajuan : Biasanya 384kbps, kadang-kadang 512kbps, jarang-jarang dapat up to 1.5mbps. Penjual tu kata dapat 1.5mbps betul la.
Plan : Prabayar. Tambah nilai dan tempoh aktif / tempoh sah mengikut plan Celcom prabayar.
Tambah nilai : Di mana-mana wakil Celcom. Cakap saja nak topup RM25.

Orang beli pek SKMM ini untuk internet murah bukan untuk laju. Kalau nak internet yang laju, pilihlah U-mobile atau maxis.

Pek ini sepatutnya untuk penerima komputer projek 1malaysia yang bertuah. Kemudian untuk pelajar sekolah yang bertuah.

Celcom telah bermurah hati melepaskan sim pek edisi terhad ini . Maxis kedekut kerana tidak melepaskan Pek Maxis Broadband 1malaysia kepada orang ramai.


Gambar ciluk.

Ulasan saya :

Jika anda bernasib baik, pek anda tidak mendatangkan masalah. Semuanya OK. Laju, lancar, bagus, memang berbaloi-baloi.

Jika anda tidak bernasib baik, pek anda membuat anda pening kepala. Berbagai masalah yang timbul. Sebarang masalah sila rujuk penjual pek 1malaysia anda.

Saya tidak menjual pek celcom 1Malaysia dan tidak mendapat sebarang komisen dari mana-mana pihak. Justru sila guggel sendiri untuk mendapatkan tawaran terbaik. Pek permulaan ini hanya berharga rm25 dari Celcom.

%d bloggers like this: